Posted by: xchemical | May 28, 2007

Kebenaran itu Dikejar…

Seketika saya membaca buku Kasyfus Syubhat oleh Sheikh Muhammad At-tamimi,
Kemudian membaca mengenai shubhat-shubhat yang dilontarkan oleh golongan yang menentang tauhid ataupun golongan yang musyrik. Mereka lebih suka menggunakan dalil-dalil yang tidak jelas (mutasyabihat) untuk menghalalkan setiap ibadahnya kepada Allah, Sebagai contoh menggunakan ayat :

Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Yunus : 62

Dengan itu membenarkan mereka beribadah di kuburan para wali ataupun tawasul melalui wali-wali yang dianggap keramat melalui takwilan mereka yang sama sekali batil!.

Allah berfirman yang bermaksud :

“… Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya…” Al-Imran: 7

Asy-Sheikh juga berkata telah ada hadith shahih dari Nabi yang bermaksud;
“Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyabihat(yang tidak jelas), maka mereka itulah yang telah disebutkan oleh Allah, oleh kerana itu berhati-hatilah kamu terhadap mereka” Al-Bukhari: kitabut tafsir.

Apabila mereka(golongan musyrik) berkata “ bukankah para wali-wali itu mempunyai kedudukan mulia disis Allah ?
Ataupun bukankah syafaat itu disyariatkan berdasarkan Al-Quran dan Assunnah?

Maka Katakanlah : “ benar, semua perkara ini adalah benar, akan tetapi ianya tidak menjadi dalil untuk kamu mensyirikkan Allah dengan wali-wali itu atau Rasul-Rasul ataupun orang-orang yang mendapar syafaat disisi Allah. Dakwaan bahawa dalil ini adalah hujah bagi perbuatan kamu ini adalah salah, ianya sama sekali tidak boleh dijadikan hujjah kerana ianya dibatalkan, dan keadaan kamu ini adalah seperti yang telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah Al-imran ayat 7.

Dan sekiranya mereka kembali kepada ayat yang jelas, pasti merekan tidak boleh menjadikan dalil mereka sebagai hujjah.


Leave a response

Your response:

Categories