Posted by: xchemical | May 6, 2007

Pengertian Israiliyat.

Lafaz Israiliyat ( اسرائيلية) sepertimana zahirnya adalah kalimah jamak. Kata tunggalnya ialah (اسرائيليات) iaitu kisah atau cerita yang diriwayatkan timbul dari bangsa Israil. Bangsa Israil pula keturunan dari Nabi Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim iaitu bapa kepada Asbat(keturunan) dua belas orang adik beradik- Orang-orang yahudi berketurunan dari mereka ini. Sesungguhnya banyak tersebut di dalam Al-Quran, ayat-ayat yang menyebut Yahudi sebagai Israil. Diantaranya ialah firman Allah Subhanahuwataala :
bermaksud:

Telah dila’nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.
(Al-Maidah : 78)

Perkataan ( الاسرئيليات ) walaupun pada zahirnya menunjukkan kisah-kisah yang pada asalnya diriwayatkan dari bangsa Yahudi, namun para ulama tafsir dan hadith menggunakannya juga terhadap perkara-perkara yang lebih luas daripada hanya kisah-kisah Yahudiah.
Lafaz tersebut disisi mereka adalah perkara yang menunjukkan kepada “setiap sesuatu yang masuk ke dalam tafsir dan hadith yang terdiri dari cerita-cerita yang tidak ada asalnya dari cerita lama. Ia hanyalah semata-mata cerita rekaan musuh-musuh Islam.” Mencipta cerita-cerita sedemikian dengan niat buruk kemudian memasukkan pula ke dalam tafsir dan hadith untuk merosakkan aqidah umat Islam seperti kisah Gharani8k, Kisah Zainab binti Jahsy dan perkahwinannya dengan Rasulullah Shallallahualaihiwasallam.

Sesungguhnya ulama tafsir dan hadith mentakrifkan pengertian Israiliyat dengan semua jenis rekaan seperti di atas, kerana menurut ghalibnya majoriti sumber Yahudi lebih dari yang lainnya dalam hal demikian. Ini adalah kerana riwayat perkara khurafat dan palsu ini berasal dari dongeng yahudi, dan yahudi adalah kaum yang terkenal dengan kebatilan. Mereka sangat memusuhi dan membenci ajaran Islam serta seluruh kamu Muslimin. Ini telah ditegaskan oleh Allah Subhanahuwataala di dalam firmannya :
Bermaksud:

Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik…
(Al-Maidah : 82)

Golongan Yahudi adalah golongan ahli kitab yang paling rapat kaitannya dengan orang-orang Islam. Pengetahuan mereka lebih luas diri pengetahuan golongan lain dan helah mereka di dalam memberikan gambaran salah terhadap kecantikan Islam adalah tipudaya semata-mata. Abdullah bin Saba’ adalah ketua pemfitnah dan kesesatan. Di belakangnya berdiri para pengikutnya yang banyak berpura-pura menganut Islam di samping hebat memperjuangkan ahlul bait hanya semata-mata utuk memperluaskan lagi tipudaya mereka dan menyebarkan kerosakan di kalangan umat islam serta merosakkan aqidah dan keagungan mereka. Mereka mempunyai peluang yang besar hasil dari perpecahan yang tidak terbendung itu untuk menyebarkan dongeng Israiliyat terhadap Kitabullah Sunnah RasulNya Shallallahualaihiwasallam. Hasil dari faktor semua ini lebih banyaklah peranan Yahudi berbanding bangsa lain di dalam pelbagai bentuk perkara masuk kedalam tafsir dan hadith. Oleh kerana itu, adalah ditakrifkan secara umum lafaz “Israiliyat” terhadap semua cerita palsu itu.

Dikutip dan diringkaskan dari kitab Isra’iliyat Fi al-Tafsir wa al-Hadith
(Dr Muhammad Hussin az-Zahabi).


Responses

  1. [...] Akhir-akhir ini kisah israilliyat merupakan suatu topik yang banyak diperbincangkan. Sedikit tentangnya boleh dilihat di sini – http://xchemical.wordpress.com/2007/05/06/pengertian-israiliyat/ [...]


Leave a response

Your response:

Categories